12 Mei 2017

Rezeki oh Rezeki Di Mana Kau

Rezeki itu luas takrifannya. Untuk lebih mudah Bro HB kecikanl skop rezeki dalam bentuk duit.

Rezeki sama macam jodoh.Puas mencari tak jumpa. Ada masa banyak.Ada masa tak ada langsung.Masa tak ada langsung itulah dugaan dan cabaran tahap gaban kata orang sekarang.

kredit : akuislam.com

Berikut ialah konsep rezeki menurut Anuar Hj zahari yang Bro HB copy and paste dari grup wasap.Saje sebagai koleksi info dan ilmu dalam blog.

TENTANG REZEKI

Allah mengambil atau tarik rezeki dari kita dengan bermacam-macam cara. Tayar motor pancit, kereta rosak, duit dicuri orang,  ditipu kerana join bisnes itu ini,  ditipu join skim itu ini, dan lain-lain lagi. Itulah sebab-sebab rezeki ditarik yang hakikatnya ialah Allah yang menariknya dari kita.

Kadangkala kita berfikir soal rezeki dengan secara tidak adil.. maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita merasa resah melihat orang lain.

Ingatlah bahawa REZEKI itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.

Kadang-kadang kita lupa..

Dapat mengerjakan solat adalah rezeki
Dapat luangkan masa menuntut ilmu agama adalah rezeki
Dapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki..
Dapat kawan-kawan tempat kerja yang baik pun rezeki..
Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki..
Kerja tak pressure pun rezeki..
Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki..

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya..

Jom fikir luasnya rezeki.

Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..

Kekadang..

Ada orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta.
Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.
Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.
Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.

Demikian Allah SWT membahagikan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki itu ada dimana mana. Bukan terletak pada manusia, tapi Allah.

[Nota admin]

Mungkin rezeki dalam Fornula Income Seumur Hidup belum mengganas lagi.Kalau dah ada memamg power juga tu.

8 ulasan

Mungkin rezeki saya dikurniakan wajah yang hensem... hahaa... melawak ja

ya..bro memang hensem..

lebih hensem lagi kalau dah banyak duit..

hehehe

Nak join forex lah

insyaAllah ada tu, Allah pasti bagi

rezeki dtg tanpa diduga

boleh juga tapi tak digalakkan

aamiin semoga ada hendaknya

ya..selalu la bersangka baik


EmoticonEmoticon