3 Mei 2017

Percaya Atau Tidak Info Ini

Berikut ialah info yang Bro HB perolehi dari grup wasap.Seronok untuk dibaca dan santai.

Jomlah baca sekali. Orang kata sharing is caring.

1-Ikan parang tidak boleh digunakan untuk menebang pokok.

*2-Walau maju macam mana sekali pun Pekan di Pahang tetap akan disebut Pekan.*

*3-Air sebenarnya tidak boleh dicincang tetapi boleh ditarik,contohnya teh tarik.*

*4-Satu2 benda tidak hidup dan tidak bernyawa tapi boleh melahirkan adalah surat beranak.*

*5-Sumbu yg ada pada badak sumbu tidak boleh dicucuh dan menyala.*

*6-Kawasan yang mempunyai ibu tunggal yang boleh di percayai adalah di Janda Baik.*

*7-Tempat tertinggi di Malaysia bukannya di Gunung Kinabalu tetapi Kota Tinggi di Johor.*

*8-Burung tukang tidak boleh di harap untuk membuat rumah.*

*9-Selipar adalah panggilan yang betul sekiranya objek tersebut memiliki kedua-dua belah kiri dan kanan, penggunaan istilah Dualipar adalah salah dan tidak dibenarkan dalam Kamus Dewan.*

*10-Kakaktua tidak tahu yg dia sebenarnya saudara yg lebih tua dari adik2nya.*

*11-Kastam belum lagi menggunakan anjing laut untuk menghidu dan mengesan dadah.*

*12-Tempat paling kecil di Malaysia ialah Setapak.*

*13-Kuda laut tidak boleh berlumba.*

*Sebab ada 10 perkara yg saya tahu tentang kamu...*

*1. Kamu pasti sedang baca status ini..*
*2. Kamu sememangnya manusia..*
*3. Kamu tidak dapat menyebut huruf ' P' kalau bibir atas dan bibir bawah tidak bersentuhan..*
*4. Kamu baru saja mencubanya..*
*6. Kamu sedang tersenyum sendirian..*
*7. Sampai kamu tidak sedar yg no.5 tidak ada di situ..*
*8. Kamu baru saja cek no.5..ya memang tidak ada di situ..*
*9. Kamu ketawa sambil tersenyum...*
*^Kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan...*

*1. Kamu memang malas untuk membaca semua kata "kawan" di atas...*
*2. Sampai kamu tidak sedar ada perkataan "kawin" diantaranya..*
*3. Kamu terus mencari perkataan "kawin"  yg memang sebenarnya tidak ada pun di situ...dgn muka serius sambil berkata "tak ada pun"..*
*4. Kamu pasti sedang ketawa dan tersenyum...sebab kamu baru saja TERKENA.. HAHAHAA*
*Cuba kamu lihat wajah kamu ke cermin sekarang..*
*Wajah kamu kelihatan manis dan berseri sekali...*
*Apa lagi..*
*Hantar la pada kawan kamu agar mereka pun boleh ketawa seperti kamu...*

*```MEMBUAT ORG SENYUM ITU JUGAKAN SEBAHAGIAN BERSEDEKAH...```*

*```#senyumseindahsuria```*
*```#senyumlahdarihati```*
*```#duniamuberseri```*

10 ulasan

Hehehe.. terhibur jugak baca info ni.. tq sharing tuan :)

Keh keh keh baca sambil senyum

Ini fakta bukan auta hehehe. cuma tak berapa faham yang nombor 4 tu

surat pun boleh beranak ya. hihi

Bila baca senyum sorang2. Sekurang2nya terhibur jugak hati mana tau ada kawan2 kite tengah stress dapat jugak release kejap hehehe

sama-sama..semoga terhibur hendaknya

ye ke..baguslah kalau begitu..

mungkin terkena hangit kot..

ayat tergantung

yalah kan..surat beranak..

sijil lahir hehehe

harap-harap macam tulah hehee


EmoticonEmoticon