28 April 2017

5 Sebab Saya Suka Blog Hasrulhassan.com

5 Sebab Saya Suka Blog Hasrulhassan.com….Blogger Hasrul Hassan antara blogger yang terawal saya kenal sejak tahun 2013 lagi.Kenal secara online sebab jarak menjadi pemisah kepada kami.Beliau di Semenanjung manakala saya di Sarawak

kredit : hasrulhassan.com

Berikut antara alasan paling menonjol,saya suka dengan blog hasrulhassan.com.Masing-masing ada sebab tersendiri untuk suka dengan blog orang lain.

1.Artikel yang sangat bermanfaat

Blogger Hasrul Hassan merupakan blogger yang pemurah dengan ilmu.Segala ilmu yang telah dipelajarinya ditulis dan dikongsikan dalam blog.Kadang-kadang saya hairan bin ajaib.Timbul dalam benak fikiran bagaimana seorang blogger sepenuh masa boleh mencurah ilmu secara percuma begitu sahaja.

Ebook yang berbayar dan seminar yang premium tak juga Blogger Hasrul Hassan buat untuk menjana pendapatan.Realitinya beliau layak untuk berbuat demikian.

Saya tabik spring dengan beliau.Bukan setakat tabik siap pakej doa semoga beliau sihat walfiat,murah rezeki dan terus istiqamah menulis dengan begitu baik dan berkualiti.

2.Penggunaan bahasa yang berkualiti.

Bunyinya macam membodek.Hakikatnya tidak.Itu adalah hakikat yang jelas dan nyata.Dengan penggunaan bahasa yang berkualiti sudah tentu ramai pembaca suka dan mudah faham.Ayat yang mantap dan pemilihan perkataan yang tepat sangat saya kagumi.

Sejujurnya memang saya tidak mampu berada ditahap tersebut.Biarlah saya menulis dengan santai,ayat pendek dan ringkas namun padat.Setiap blogger mempunyai gaya penulisan tersendiri.

Blogger mesti ada keunikan dan ‘DNA’ yang membezakan blogger sama ada baru menulis blog atau sudah lama dalam bidang ini.Saya boleh menilai perkara tersebut kerana pendedahkan sejak tahun 2013 lagi.Pendedahan yang saya perolehi dari tabiat blogwalking dari satu blog ke blog yang lain selama 4 tahun,

3.Template yang menakjubkan

Tidak semua blogger yang menitik beratkan template.Namun blog Hasrulhassan.com memberi tumpuan yang serius terhadap penampilan template.Dari dulu sehingga sekarang ini template beliau memang menakjubkan.Saya kagum dan saya terinspirasi dengan cara beliau.

Template yang menarik dan kemas memang menjadi kesukaan pembaca.Mereka boleh datang banyak kali dan akhirnya menjadi pembaca setia blog kita.Atas sebab itu blog Bro Hasrul Hassan mempunyai pageview mencecah jutaan.

4.Platform Blogger

Geng blogspot sesama blogspot memang kamceng.Begitu juga saya dengan blog yang dipaksikan dengan blogger.Kami berada di platform yang sama.Sungguhpun saya ada mempunyai satu lagi blog di Wordpress.com namun perasaan sayang saya dengan platform blogger.com sukar untuk dihilangkan.

Mahu tidak mahu saya berbini dua dengan blog.Dua-dua sayang.Jalan terbaik ambik sahaja keduanya sekali.Alamak mana pulak cerita blog hasrulhassan.com.Saje je nak buat promosi basi tentang berbini dua ini dalam artikel.

Platform yang sama menjadikan saya suka dengan blog beliau.KIta geng dan kita serupa.Persamaan begini juga dituntut dalam kehidupan diluar.Geng kaki masjid senang lagi bergaul sesama mereka berbanding pergaulan dengan kaki kelab malam.(minta maaf kalau tersentap)

5.Kerap kemaskini blog

Saya cuma perasan Bro Hasrul Hassan kemaskini 3 kali sehari.Banyak arttikel yang terbaharu tidak sempat saya baca.Faham sahajalah kerana saya tidak cukup masa akibat promosi Formula Income Seumur Hidup.

Dengan selalu kemaskini blog maka banyak lagi artikel berlegar pada halaman carian Google.Jika kita pergi restoran,yang banyak menu tentulah lebiih seronok berbanding menu yang terhad.

Tentu logikkan kalau saya suka blog beliau.Saya suka maka pembaca lagilah suka.Mereka boleh memperolehi maklumat dan ilmu sebanyak yang mungkin dalam blognya.

Bonus

Ada satu artikel yang menarik perhatian saya dalam blog beliau.Banyak sebenarnya.Buat masa yang terdekat saya memilih artikel bertajuk How To Make Money From Blogging With Affiliate Marketing

Tajuk memang berbahasa Inggeris namun isinnya adalah berbahasa Melayu.Dalam artikel tersebut diterangkan cara memilih pihak yang boleh dipercayai untuk kita berganding bahu menjalan bisnes affiliate.

{sekilas pandang}

Jadi saya tidak hairan mengapa blog hasrulhasan.com menjadi tumpuan dan perhatian pembaca online.

Feel seorang blogger telah berjaya dipindahkan memyebabkan arikel yang terhasilkan ada USP of quality

Senang cerita,blog hasrulhassan.com ada jenama dan trademark yang boleh dikomersial.

27 ulasan

Samalah kita, dulu 2011 selalu jugak BW ke blog beliau masa ada blog.. bila blog dah down.. habis semua down huhu

HH antara blogger yang saya kagumi waktu itu

PC juga salah seorang yang banyak kutip ilmu dari blog sifu HH..

sy jg byk pelajari pelbagai ilmu dari blog HH

Memang tak disangkal lagi hasrulhassan otai blogger Blogspot yg menerapkan seo dan suka kongsi tentang adsense

Respect saya dengan blog hasrul hassan..

kalau artikel yg bermanfaat dgn bahasa yg manerik, mmg ramai akan suka blog tu..

Saudara HH adalah antara blogger yang saya hormati..

Orang hebat tak boleh down semangat.. Hehehe

Memang patut Tuan HH digelar sifu

Ya.. Ilmu yang terbaik dari beliau

Otai blogger tetap berbisa

Saya memang respek habis

Sama la kita..

Kita geng

HH mmg sifu.. dulu zaman blogwalking mmg selalu singgah blog beliau. Sifu blogspot Malaysia. :)

setuju dengan Bro HB. GV pun selalu rujuk blog Mr Hasrul Hassan kalu nak dapatkan info berkaitan ilmu berblogging. hihi. :D

Memang saya follow dah lama brader ni .. Salah seorang sumber inspirasi saya sehingga kini ..

blog tuan hasrul hassan memang terbaik.. banyak info blh dapat disitu..

even saya sendiri pernah buat banner iklan disitu..alhamdulillah dapat return dari banner yang saya letak disitu..

Tak lama lagi tuan KK pun jadi sifu

Yalah kan.tuan HH banyak ilmu

Wow.. Terbaik gitu.

Trafik yang masuk ke blog Tuan HH memang tinggi.. Sebab itu untung membuat pengiklanan kat blog dia

betul, saya pun selalu follow tuan HH

Terima kasih. Tulisan tuan buatkan saya gatal tangan nak klik hasrulhassan.com

Ramai jadikan blogger HH ni sbg sifu..beliau byk share ilmu berkenaan blog..follwer n reader pun ramai

hehehe..bagus la

nak promote blog HH memang tak perlu sebab top blog HH di Malaysia

blogger macam kita memang wajib follow HH..ilmu dia banyak


EmoticonEmoticon