28 April 2014

Tak Nak Kalau, Jika Mau Kaya

Sekali baca  Tak Nak Kalau, Jika Mau Kaya ada menimbulkan kekeliruan pada minda anda.Itu memang saya sengnajakan supaya otak anda boleh berfikir sejenak.Jika tak dapat berfikir sejenak boleh fikir sehari semalam dan teruskan berfikir.

 

Saya ingin mengajak anda semua faham apa yang ingin saya sampaikan.Istilah ‘kalau’ dalam tajuk tersebut membawa pengertian seandainya.Lebih tepat lagi serba kemungkinan atau separuh-separuh.

 

Dalam mencapai matlamat hidup iaitu kaya (atau apa sahaja) kita tidak boleh separuh jalan.Tidak boleh setengah-setengah.Apatah lagi kabur dan samar-samar.

 

Matlamat  mesti jelas.Bila dah jelas mudah hendak fokus.Jika minda dan hati dah fokus dengan matlamat yang jelas maka akan terbukalah jalan untuk mencapainya.

 

Saya tak cakap jalan yang dilalui itu mudah.Kebiasaanya penuh ranjau berduri.Sukar dan penuh mencabar.Sebab itu matlamat mesti jelas supaya usaha dan ikthiar boleh berterusan dan istiqamah.

 

Mengambil contoh nak kaya misalnya! Jika nak kaya maka otak dan badan mesti bersedia untuk menjadi kaya.Situasi otak mau tapi badan tak mau.Tak boleh jadi juga.Ia mesti selari.

 

orang kaya

 

Mari kita baca kajian kes ini

 

Mr H (bukan nama sebenar) merupakan seorang usahawan internet dan blogger sepenuh masa.Dia bercita-cita untuk menjadi seorang jutawan yang ideal.Maksud saya kaya di dunia dan diakhirat.

 

Rutin harian dia mudah.

 

Bangun sahaja waktu pagi otak Mr H  akan mengarah untuk membuat promosi Kedai Online dalam media sosial maupun portal blog.Namun oleh sebab cuaca masih sejuk kat luar dia sambung tidur sehingga jam 10 pagi.Hampir tiap hari macam tu.

 

Sewaktu hendak mandi dia pula duduk termenung mengenangkan nasib yang kurang baik.Hampir sejam dia melayan perasaan dan fikir yang bukan-bukan.

 

Sedar tak tak sedar jam dah pukul 11 pagi.Ketika hendak membuka laptop,ada panggilan telefon dari isteri suruh masak lauk hidangan tengahari.Kebetulan juga mr h minat memasak.Terlalu asyik masak jam dah pukul 2 petang.

 

Si anak pula telefon untuk ambik kat sekolah.Perjalanan pergi dan balik ke sekolah ambil masa 1 jam termasuk jalan jammed.

 

Kembali ke rumah jam dah menunjukkan pukul 4 petang.Tak lama lagi isteri akan pulang dari kerja.Si isteri ada tabiat pelik.Dia mesti dijamu dengan pisang panas dan teh panas.Jika tak buat maka akan panas baran.

 

Selesai semua perkata tersebut barulah mr h ada kelapangan masa.Sayangnya waktu masuk maghrib.Antara mau dengan tak mau mr h lakukan juga di masjid berhampiran.Ada pula majlis ilmu dekat masjid.Jadi peluang itu Mr H jarang-jarang lepaskan.

 

Balik dari masjid jam dah pukul 10 malam.Sekarang masa paling baik untuk buat promosi Kedai Online supaya boleh kaya suatu hari nanti.

 

Oleh kerana keletihan dengan kerja-kerja rumah Mr H terlalu mengantuk dan tertidur depan laptop.Kerja –kerja promosi tertangguh.Blog tidak dikemaskini dan seterusnya suci dalam debu dan menjadi sarang Spiderman labah-labah.

 

Jadi anda faham mengapa kalau kaya itu hanyalah satu ilusi jika anda sama dengan Mr H.Maaflah ya.. Mr H cumalah imaginasi penulis sahaja untuk menjelas mengapa kalau nak kaya itu akan tinggal kenangan jika masih kekal dengan istilah ‘kalau’.

 

Kalau tak faham juga baca 7 Taktik Menjemput Kejayaan sahaja untuk   faham dengan apa yang saya tuliskan  kali ini.

 

Jumpa lagi dan insya Allah kita akan menjadi orang kaya bila tiba masanya nanti.Amin.

4 ulasan

Contoh Mr. H terbaekkkk!! Selalu dengar situasi ni bagi orang yang sering beralasan...

Visit My Blog

Assalammualaikum... realiti kehidupan kita kebanyakkan macam mr.H? :(

mana boleh mr h terbaik bro...hidupnya penuh dengan kalau sahaja..

Walalaikumsalam tuan...sikap bertangguh dan fokus itu penghalang untuk berjaya!


EmoticonEmoticon